Thursday, January 7, 2010

KenAngAn TeriNDah

Pernahkah kowang merasa perasaan kehilangan seseorang yang kowang sayang,x kira sape??? Aku pernah merasanya, sungguh pedih hatiku saat aku kehilangannya. Sampai sekarang aku x dapat terima kematianya,dia meninggal kerana sakit barah otak.. Semasa pemergiannya tiap2 hari aku menangis kerana aku kehilangan seorang peneman yang setia, dialah rakan ku,dialah tempat ku meluahkan rasa sedihku,dialah segala2nya.. Aku mengetahui penyakitnya apabila dia menelefon aku,katanya penting. Aku pergi rumahnya tertanya-tanya apa yang pentingnya.. Sampai dirumahnya,dia mengajak aku ke taman dan disitulah dia memberitahu yang dia x akan hidup lama, aku tergamam antara percaya@ tidak tetapi apabila dia menyerahkan report tentang penyakitnya baru lah aku percaya,betapa luluhnya hatiku apabila melihatnya,aku terasa yang dunia aku nie bakal hancur. Dia kata dia bertuah kerana berpeluang mengenali aku,walaupun mula2 2 kitaowang musuh tapi dia merasa bersyukur kerna akhirnya kitaowang berbaik. Apbila berada di sisi ku dia berasa gembira dan dia dapat melupakan tentang penyakitnya. Aku berasa kagum dengannya kerana sakit dia masih lagi dapat senyum dan ketawa.. Beberapa bulan selepas itu,dia mula hilang selera makan, mukanya pucat dan badannya lemah. Kebetulan aku dipanggil ke program latihan khidmat Negara,berat hatiku untuk meninggalkanya,tetapi terpaksa.. Percaya @ tidak semasa aku di plkn,aku sentiasa terbayangkan dia,kenapa aku jadi mcm nie aku pun x tahu.. Seminggu nk tamat latihan,pada hari minggu,papa dan mama dating dan diaowang bagitahu aku harus pergi ke Pahang untuk sambung pengajian ku,aku gembira bercampur sedih,sedih kerana meninggalkan member ku di kem,gembira akhirnya aku dapat jumpa dia.. Keesokan hari aku pulang dengan harapan aku dapat berjumpa denganya.. Sesampai jew dirumah ku,handphone aku berbunyi,rupa2nya abangnya,abangnya mengatakan yang dia tengah tenat dan mahu berjumpa dengan aku.. Aku terkejut,kerana baru semalam aku bercakap denganya melalui phone dan dia mengatakan dia sihat. Aku bergegas ke hospital,kaki ku kaku apabila melihat sekujur tubuh di penuhi dengan wayar2 dibadan. Aku menghampirinya dengan sayu,sedih melihat dia berkeadaan begitu,tetapi dia tersenyum melihat aku,apabila aku tanya,dia jawab dia rindu aku.. Kitaorang berborak2 dan secara tiba2 dia berkata “dengan hati yang tulus dan ikhlas,aku sangat mencitai mu dengan sepenuh hati ku,aku mengorbankan seluruh jiwa raga ku kepada mu,hanya allah saja yang tahu betapa dalamnya cinta ku pada mu. Maafkan aku jikalau pemergian ku ini menjadi derita buat mu.” Lidahku kelu dan tidak dapat berkata2,ayah dia datang dan mengajar mengucap,perasaan aku bercampur baur,akhirnya dia menghembuskan nafas disisi orang yang dia sayang. Tanggal 23.06.2009, pada pukul 4.15,aku kehilangan dia buat selama-selamnya… Terlalu banyak kenangan aku bersama dia,sampai sekarang aku belum melupakan dia… Aku redha dengan pemergian dia,mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku… Hargailah mereka sebelum mereka pergi dan janganlah menangisi pemergianya kerana ia membuat diri kita merana.