Cinta…. Adakah cinta itu wujud untuk aku??? Adakah cinta aku sekadar angan kosong yang aku tak dapat gapai???? Apakah cinta itu betul @ sekadar dogeng??? Sejatikah cinta itu untuk aku???? Soalan-soalan ini selalu bermain di fikiran aku. Adakah aku naif kerana bertanya tentang soalan2 ini??? @ aku memang tak layak untuk mendapat cinta sejati daripada seorang insan yang sememangnya diciptakan untuk aku. Sebenarnya aku sedang mencari seseorang yang ikhlas mencintai aku dan menerima kekurangan aku… Wujudkah insan ini untuk aku??? Aku seorang yang susah mempercayai seseorang,mungkin sebab itu kot aku belum menjumpai cinta sejati aku. @ aku terlalu memilih??? Arghhhh,buntu!!!!
Cukup kita bercakap tentang cinta aku yang entah wujud @ tak. Kita cakap pasal angan pulak. Pernah korang berangan??? Apakah angan korang??? Aku selalu berangan,heheheheh.. kata orang tua2 tak baik berangan, tapi untuk mengisi masa lapang aku berangan lah. Angan2 aku bukan lah hebat sangat dan tak lah setinggi langit ketujuh bak tajuk lagu sharifah zarina,tapi aku teringin nak berjaya dalam hidup,aku nak balas balik jasa mama dan papa aku.. Mesti korang berangan macam tu jugakkan..heheheheehe… Tapi bukan itu jer,jikalau hidup aku berjaya dan allah s.w.t. bagi rezeki yang melimpah untuk aku,aku akan kongsi dengan mereka. Mereka itu adalah anak-anak yatim,orang-orang tua,orang yang tidak berkemampuan(miskin) dan banyak lagi. Memang lah jikalau korang tengok aku nampak sombong,berlagak tapi aku mempunyai satu perasaan yang memang dah lama wujud dengan ku sejak aku lahir lagi iaitu belas kasihan. Jikalau aku terjumpa pengemis.aku akan bagi sedikit wang walaupun tak seberapa. Aku bukan lah nak bermegah tapi aku dapat rasa kesusahan diaorang sebab aku pun susah jugak. Tapi,walaupun aku susah aku bersyukur kepada allah s.w.t. kerana melimpahi rezeki dan rahmat keatas kerluarga aku.
Korang nak tau tak,kalau aku pergi supermarket aku selalu cemburu melihat mereka berborong sampai penuh troli,huuhhuhu.. dengki aku,tapi mama dan papa aku cakap kita beli benda yang perlu jer tak membazir. Mama aku cakap sejak aku kecil sampai la sekarang aku memahami. Pernah satu ketika masa tu umur aku lebih kurang 5 tahun,aku terlihat satu Barbie doll nie kat satu kedai ( nama dirahsiakan) ,maklum la aku kan pompuan.. Berbalik pada cerita kita,aku nak sangat patung tu tapi aku pandang jer kat patung tu. Mama aku tanya nak tak patung tu tapi aku paham keadaan mama dan papa aku,so aku ckp tak nak walaupun aku nak sangat patung tu. Sampai lah sekarang jika aku nak sesuatu barang itu aku tak akan cakap tapi aku pandang jer,sebab itu mama aku tahu,jika aku asyik sangat pandang sesuatu barang tu,dia tahu aku nak kan barang tu. Korang percaya tak jika aku cakap yang aku tak pernah dapat hadiah harijadi @ hadiah lain dari mama dan papa??? Percayalah, aku tak pernah dapat pun tapi aku tak kisah sebab aku tahu mama dan papa aku tak mampu nak bagi benda2 yang mahal untuk aku,cukuplah sekadar mengingati hari lahir aku dan mengucap selamat untuk aku,itu pun dah mencukupi. Itu pun adalah hadiah yang paling bermakna untuk aku.
Monday, July 4, 2011
SeDIkiT luAHan HAtI
Posted by Nick Xandra at 5:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment